Operasi mencari dan mengesan seorang pemuda yang dilaporkan hilang selepas terjatuh daripada bot pukat jerut pada sabtu lalu diperluaskan lebih 150 batu nautika persegi sehingga ke perairan Pulau Redang.<br /><br />Operas hari keempat menyaksikan lebih 15 aset termasuk kapal dan bot milik Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam dan nelayan turut digerakkan dalam misi pencarian itu.
